Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - Tarikh Tutup 06 Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Akauntan Gred WA41
2. Pegawai Tadbir Gred N41

Tarikh Tutup Permohonan 06 Disember 2019
Lokasi : MPPD Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)


CARA MEMOHON

i. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang telah diberikan di bawah.

ii. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.

a. Gambar warna ukuran pasport;

b. My Kad/Kad Pengenalan;

c. Sijil kelahiran (surat beranak);

d. Sijil berhenti sekolah;

e. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

f. Ijazah dalam bidang yang berkaitan;

g. Sijil-sijil berkaitan.

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2018 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

iv. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)


PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:

i) Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;

ii) Tidak memenuhi syarat iklan; dan

iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.

PERHATIAN

i. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temu duga melalui panggilan telefon atau surat.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).

iii. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.

Iklan dan Borang Permohonan Jawatan Disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong