JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
Tarikh / Hari : 30 Mei 2019 / Khamis
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 10.00 pagi - 12.00 tengah hari)
Tempat Temuduga :
Bilik Bengkel 1, Tingkat 1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR
Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) WP Kuala Lumpur (Zon Utara)
Akan ditempatkan dan bertugas di Pejabat Cawangan sekitar Kuala Lumpur
GAJI : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
- Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
- Peramah;
- Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
- Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
- Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri. (keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (sila muat turun pada link yang diberikan di bawah) yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijilsijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut :
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
CATATAN AM
a) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
b) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.
Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini