1. PEMANDU KENDERAAN, GRED H11
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Skop Tugas Utama : Memandu bas serta memastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk digunakan setiap masa.
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki lesen memandu Kelas D, E dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara bas;
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Memiliki integriti yang tinggi, berhemah, proaktif, berfikiran positif, amanah, sanggup menerima cabaran, serta sanggup bekerja lebih masa dan bertugas di luar pejabat.
- Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun
- Berkebolehan berbahasa Inggeris dan Mandarin adalah satu kelebihan.
- Tidak merokok
- Berumur tidak melebihi 40 tahun
- Calon yang berjaya akan diberi latihan yang berkaitan.
- Gaji akan ditetapkan mengikut kelayakan dan pengalaman.
1. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada PPES untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, SEDC di talian 082-551 515/ 082-551 522.