1. PEMANDU KENDERAAN H11
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 21 MEI 2019
LOKASI : MPLBP
SEKTOR PEKERJAAN : KERAJAAN
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman atau dengan memuat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan , kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan kesemuanya hendaklah diakui sah sebagaimana salinan sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN.
3. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis akan dipanggil untuk temuduga.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.