Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) – Tarikh Tutup 30 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi sebagai :

1. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
2. Penolong Pegawai Tadbir N29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 30 MEI 2019 (KHAMIS)
LOKASI : MDKT
SEKTOR PEKERJAAN : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Mei 2019


CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau mengemukakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm beralamat sendiri beserta setem RM0.60 atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my (sila klik pada pautan muat turun di bawah) dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passpot (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI


3. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4. Pemohon juga hendaklah menyediakan ’video resume’ sebagaimana
berikut :-

(4.1) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
(4.2) Menggunakan suara pemohon sebenar.
(4.3) Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :-
(4.3.1) Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
(4.3.2) Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
(4.3.3) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
(4.3.4) Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
(4.3.5) Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
(4.3.6) Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.
(4.3.7) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ’NGO’.
(4.3.8) Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
(4.3.9) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
(4.3.10) Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.
(4.4) Pemohon digalakkan menghasilkan ’video resume’ yang unik dan kreatif.
(4.5) Semua video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat mdkt@mdkt.gov.my
(4.6) Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
(4.7) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong