Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jempol (MDJL) – Tarikh Tutup 31 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Jempol (MDJL) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Jempol (MDJL) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 MEI 2019
LOKASI : MDJL NEGERI SEMBILAN
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jempol (MDJL) Mei 2019


CARA MEMOHON :

(1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Kaunter Pejabat Majlis Perbandaran Jempol dan Kaunter Bayaran Dewan MPJL, Bahau. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan (secara percuma) daripada laman web Majlis Perbandaran Jempol di alamat www.mdjl.gov.my ATAU sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

(2) Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang di kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

(3) Setiap permohonan mestilah disertai dengan salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :

i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan Surat Beranak
iii) Salinan Sijil SRP/ PMR/ PT3/ SPM/ SPM(V)/ STPM/ STAM atau setaraf
iv) Salinan Sijil / Diploma atau setaraf
v) Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. (Semakan melalui http://pengiktirafan.jpa.gov.my)
vi) Setiap pemohon WAJIB hadir dan LULUS semua ujian yang ditetapkan sebelum disenarai pendek bagi menghadiri temuduga.

(4) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

(5) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

(6) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

(7) TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 31/5/2019

(8) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

a) Borang permohonan tidak lengkap
b) Tidak memenuhi syarat iklan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong