Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) – Tarikh Tutup 14 Jun 2019

Jawatan Kosong Universiti/ University Jobs Terkini di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
2. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 JUN 2019
LOKASI : KUIM MELAKA
SEKTOR : KERAJAAN/ BERKANUN
TARAF JAWATAN : SAMBILAN

Jawatan Kosong KUIM Jun 2019


Syarat Wajib :

- Terdiri daripada warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan; dan

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29S
Syarat Lantikan:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau

iii. Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia ; dan

iv. Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Syarat Lantikan:

i. Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii. Memiliki lesen memandu kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); dan

iii. Memiliki lesen Vokasional (PSV Bas) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ; dan

iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan

v. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :

i. Salinan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) / Ijazah Sarjana (Masters) / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan.

ii. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport.

iii. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Kolej Universiti Islam Melaka www.kuim.edu.my atau mengambil sendiri di pejabat Pengurusan Sumber Manusia, Kolej Universiti Islam Melaka. ATAU sila muat turun pada link yang di berikan di bawah.

iv. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada:

PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)


b) Permohonan hendaklah sampai tidak lewat pada atau sebelum 14 Jun 2019. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan.

PERKARA AM

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Must turun iklan dan borang permohohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong