Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – Tarikh Tutup 28 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak seperti berikut :

1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengurus / Imam I) Gred S41

2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penolong Pengurus / Imam II) Gred S29

3. Pembantu Hal Ehwal Islam (Pembantu Pengurus / Bilal / Siak) Gred S19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 28 MEI 2019
LOKASI : JAIS SELANGOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mei 2019


CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM

@ www.jais.gov.my @ www.selangor.gov.my

ATAU 

Sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :
  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.
f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebelum atau pada 28 Mei 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:
  • selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
  • selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)
i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-5514 3475 / 3536 / 3405 / 3550


JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong