1. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Penyelia Talian Kasih 15999) S41
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 13 MAC 2019 (RABU)
LOKASI : PUTRAJAYA
SEKTOR : KERAJAAN
Taraf : Kontrak
Kekosongan : Empat (4)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan : S41
Kelayakan Diperlukan :
1) Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut :
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2) Syarat Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3) Antara tugas dan tanggungjawab sebagai Penyelia di Talian Kasih KPWKM adalah seperti:
i) Memantau aduan/kes yang diajukan kepada Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh call agent sehingga selesai;
ii) Menyelaras penggiliran waktu bekerja call agent;
iii) Membantu call agent mengendalikan panggilan dengan cara yang berhemah;
iv) Mengetuai call agent di Pusat Panggilan Talian Kasih setiap kali pusingan kerja shift;
v) Menyediakan laporan analisis data Talian Kasih secara berkala untuk dikemukakan kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
vi) Mempunyai akses untuk menyemak sebarang status permohonan bantuan kad OKU dan kebajikan melalui sistem SMOKU dan SPBK;dan
vii) Memberikan pra-kauseling kepada pemanggil dalam kes-kes kecemasan sebelum kes dipanjangkan kepada agensi terbabit.
4) Calon yang memiliki kemahiran berbahasa Mandarin dan Tamil adalah satu kelebihan.
5) Pesara Kerajaan digalakkan memohon dan pesara yang berpengalaman berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu kelebihan.
TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan mestilah disertakan dengan resume dan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
ii. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat
kepada :-
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Perkhidmatan
Aras 34, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
(up : Encik Mohd Alwi Bin Mohd Mustafa)
atau melalui email ke
Email : unitpkbpsm@kpwkm.gov.my
v. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 03-83231125 (Puan Nursyahieda Binti Yusof) atau 03-83231147 (Puan Nor Azlina Binti Othman)
vi. Tarikh tutup iklan pada : 13 Mac 2019 (RABU)
Lihat juga jawatan kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Disini