Jurulatih Sukan Sambilan :
1. Bola Baling
2. Silat
3. Petanque
4. Bola Keranjang
5. Bola Tampar
6. Badminton
7. Tenis
8. Renang
9. Rekreasi dan Mendaki
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan pada 14 Februari 2019 (Khamis)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia . Terbuka kepada semua (Warga UTHM yang berkelayakan digalakkan untuk memohon)
2. Mempunyai pengalaman dalam bidang sukan yang dipohon sekurang-kurangnya lebih dari 1 tahun.
3. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun atau lebih dari tarikh memohon.
4. Mempunyai dokumen –dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil kejurulatihan dll. Lantikan 5. Jawatan berkuatkuasa dalam tempoh minimum Lima (5) bulan sahaja
Cara Memohon
1. Borang permohonan boleh didapati di Laman Web Pusat Sukan UTHM > http://psu.uthm.edu.my/ ( KLIK DI SINI ) atau di Pejabat Am Pusat Sukan UTHM.
2. Sila lampirkan salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh majikan ataupun mana-mana pihak yang berkenaan.
3. Borang yang telah lengkap diisi bolehlah terus dihantar atau poskan kepada :
Unit Kecemerlangan Pelajar
Pusat Sukan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.
Tel : 07-4537439/7490
4. Borang permohonan yang tidak lengkap atau lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
MAKLUMAT JAWATAN
- Bayaran Bulanan : RM 25 / sejam
- Maksimum bayaran adalah sebanyak RM 400.00 sebulan berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh jurulatih setiap bulan.
- Bayaran elaun RM 50.00 / sehari kepada Jurulatih yang mengiringi pasukan ke kejohanan luar adalah bergantung kepada tempoh pertandingan / kejohanan.
- Jadual latihan adalah bergantung kepada pasukan / jurulatih masing-masing.
- Tempoh Lantikan bermula pada Mac 2019 hingga Disember 2019
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sebelum atau pada 14 Februari 2019 (KHAMIS)
KETERANGAN AM
- Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Pusat Sukan UTHM selepas satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima bolehlah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
Sumber iklan jawatan