1. PEMANDU KENDERAAN H11
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 MAC 2019
LOKASI PEKERJAAN : SUK Pulau Pinang
SEKTOR : Kerajaan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana - SRP/ PMR
Jadual Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM80
Syarat Kelayakan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
a) Lesen D : RM1,264.15
b) Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
c) Lesen F/H : RM1,356.45
d) Lesen G/I : RM1,402.60
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem http://e2psm.penang.gov.my/ atau sila klik pada pautan link yang diberikan dibawah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mac 2019 (Ahad).