Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 07 November 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) November 2017. Permohonan  dipelawa  kepada  warganegara  Malaysia,  keutamaan  kepada  anak-anak  Negeri  Selangor  yang  berkelayakan  dan  berumur  tidak  kurang  daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk  mengisi jawatan seperti yang berikut:

1) Penolong Pegawai Tadbir N29
2) Pembantu Penilaian W19
3) Pembantu Penguatkuasa KP19
4) Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
5) Pembantu Operasi N11
6) Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 7 November 2017
Lokasi : Kuala Langat, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)


CARA MEMOHON

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperoleh dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun di link muat turun dibawah .

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan - peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil - sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil - sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada 07 November 2017.

6. Hanya calon yang layak selepas tapis an sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat permohonan jawatan disini , muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong