Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka di Prasarana Malaysia Berhad Pada 25 Mei 2017

Temuduga terbuka Prasarana Malaysia Berhad Mei 2017. Prasarana Malaysia Berhad mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk hadirkan diri dalam temuduga terbuka yang akan diadakan seperti berikut :

1. POLIS BANTUAN (PELATIH)

Maklumat Temuduga
Tarkih: 25 Mei 2017

Proses temuduga akan dimulakan dimana calon-calon yang berminat adalah dikehendaki memakai pakaian sukan dan WAJIB menjalani ujian kecergasan yang dijadualkan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang. Hanya calon-calon yang lulus ujian kecergasan sahaja yang akan ditemuduga pada hari yang sama di Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Penang), Lorong Kulit, 10460 Pulau Pinang.
Syarat-Syarat Kelayakan:
Tebuka kepada Warganegara Malaysia.
Kelayakan Akademik: LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bekas anggota Tentera / Polis adalah digalakan memohon dan disahkan mempunyai rekod perkhidmatan sekurang-kurangnya CEMERLANG.
Tidak mempunyai rekod jenayah (sama ada pernah disabitkan dengan kesalahan atau dijatuhkan hukuman).

Kelayakan Fizikal:
  • Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 88 cm (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
  • Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2 dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Sanggup bekerja Syif.
  • Boleh berkerjasama secara berkumpulan.
 Temuduga Terbuka Prasarana Malaysia Berhad Mei 2017

Calon-calon juga dikehendaki membawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT:
Kad Pengenalan
Resume terkini
1 keping gambar berukuran paspot
SPM serta lain-lain sijil persekolahan
Lesen memandu
Sijil-sijil sokongan
Penyata gaji terkini

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi recruitment hotline: 03-2282-2054

Info jawatan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong