Jawatan Kosong / Kerja Kosong Kerajaan Terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN Melaka). Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN Melaka) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH). Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang mengadakan urusan pengambilan perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan kelayakan Diploma dalam bidang Sains Sukan / Sains Sosial / Kesihatan / Pendidikan di Unit Pendidikan Kesihatan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, SPM dan Diploma berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Jawatan :
1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN (PSH)
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753
(u.p. : Puan Nor Zaidah binti Md. Galeh / Norzarina binti Nordin)
Tarikh tutup : 27 April 2017 (Khamis)
Iklan jawatan dan syarat permohonan lengkap disini
Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN Melaka) - 27 April 2017
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.