1. JURUTEKNIK
Tanggungjawab:
- Untuk menjalankan kerja pengujian dan penyelenggaraan am peralatan makmal mengikut prosedur dan Manual Kualiti bagi menepati kehendak akreditasi makmal mengikut ISO/IEC 17025.
Kelayakan:
- Sijil Politeknik dalam bidang Kejuruteraan Kimia / MLVK (Lanjutan) dalam bidang berkaitan atau;
- Sijil Pelajaran Malaysia/SPVM dengan minimum 7 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Kelayakan Tambahan:
- Berpengalaman menjalankan pengujian mengikut standard, prosedur dan manual kualiti dalam bidang kimia.
- Kemahiran dalam analisa gravimetrik dan mahir dalam mengendalikan alatan asas makmal.
- Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan dalam pengendalian alat ICP-OES dan AAS.
- Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Boleh mengaplikasi software microsoft.
- Boleh bekerja dalam kumpulan.
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk memohon on-line atau mengemukakan resume, salinan sijil yang berkaitan yang lengkap dengan nombor telefon, anggaran gaji dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah tidak melebihi 31 Mac 2017. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut kiri bahagian atas sampul surat.:
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Sekiranya mempunyai soalan, sila hubungi Pn. Nur Iryani Hashim di talian 03-55446891.