1. PEMBANTU HIDUPAN LIAR G19 (39 KEKOSONGAN)
2. PEMBANTU HIDUPAN LIAR G11 (08 KEKOSONGAN)
Tarikh tutup permohonan 27 Februari 2017
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
LATAR BELAKANG
Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.