1. PEGAWAI LAUT AL41
Tarikh tutup permohonan 21 November 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau dimuat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p. Pengurus Kanan (Sumber Manusia)]. Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas kiri sampul surat permohonan. Permohonan daripada pegawai/kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang dikemaskini.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.