1. Penolong Jurutera JA29
2. Penolong Kurator S29
Tarikh tutup permohonan 07 Oktober 2016
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi melalui website: www.penangmuseum.gov.my atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di No. 57 Jalan Macalister, George Town.
(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang
(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, butiran diri (resume) yang menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.
(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut :-
Bahagian Pentadbiran (Perjawatan)
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
No. 57, Jalan Macalister, 10400,
George Town, Pulau Pinang.
(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk pertimbangan.