1. PEMBANTU AWAM H11
Tarikh tutup permohonan 27 Julai 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT :-
a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang (MD.LG.Pkdm.1/96) yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lenggong atau muat turun di Laman Web MDLG iaitu www.mdlg.gov.my.
b) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut :-
i. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
ii. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
iii. Salinan surat beranak;
iv. Salinan Kad Pengenalan Bapa/Ibu;
v. Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi;
vi. Lain-lain sijil yang berkenaan
c) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH
d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertulis ‘PEMBANTU AWAM GRED H11 (PSH)’ dan dihantar ke alamat sperti berikut:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN